camat datang ke Teratak manje fiza

Saturday, November 21, 2009

myspace :

http://myspace.com/ nrulmanje

ym :

gulaiikan_55@yahoo.com

Thursday, November 19, 2009

wanita solehah

Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,Daya penarik wanita solehah itu,Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,Bukan dan tidak sama sekali.
Kepetahan wanita solehah,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,Bersyukurlah diatas apa yang ada,Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama


Sunday, November 15, 2009

chenta

"Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…"